Peraturan-Peraturan KRN


1. PENDAHULUAN

1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua sekolah rendah dan menengah.
1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.
1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada
perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing‐masing.
2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing masing.

2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli‐ahli
jawatankuasa.
2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.
2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan‐laporan seperti berikut:‐

i) Perlembagaan kelab;
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.

2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang‐kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti
dengan nama sekolah masing‐masing.
1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut
ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objektif

2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:
2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip‐prinsip Rukun Negara;
2.1.2 Menyemai prinsip‐prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;
2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;
2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;
2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya mempercayai,hormat‐menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum;



2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum‐kaum di Malaysia.


Peraturan 3 : Keahlian

3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti‐aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.
3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah‐sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.
3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara‐perkara berikut:‐

3.3.1 Saling hormat‐menghormati di antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.



3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;
3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah‐belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;
3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.
3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;
3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti‐aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:‐

4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
‐ Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;


4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3 Keluhuran Perlembagaan
- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4 Kedaulatan Undang‐Undang
‐ Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang undang;

4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan
‐ Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Panduan Kelab Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.


Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :
1. Penaung : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Menteri Pelajaran Malaysia

2. Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional

3.Timbalan Pengerusi :Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

4. Setiausaha : Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara

5. Ahli

a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Negara
b) Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
d) Jabatan Penerangan Malaysia
e) Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia
f) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri


5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

1. Penasihat : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/Pengarah JPNIN Negeri
2. Pengerusi Bersama : Pegawai Pelajaran Daerah/Pegawai Perpaduan Daerah
3. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah, Pembantu Pembangunan Masyarakat
JPNIN
5. Ahli ‐ Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkatsekolah adalah seperti berikut:

i) Penaung :Pengetua/Guru Besar
ii) Penasihat : Penolong Kanan Kokurikulum
iii) Penyelaras : Guru Penasihat
iv) Pengerusi :Seorang murid
v) :Timbalan Pengerusi : Seorang murid
vi) Setiausaha : Seorang murid

vii) Penolong Setiausaha : Seorang murid
viii) Bendahari : Seorang murid
ix) Ahli Jawatankuasa : 10 orang murid
x) Juru Audit Dalam :2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa
Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.


Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

Pengerusi ‐ Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan kelab.
‐ Mempengerusikan mesyuarat kelab.
‐ Menyusun dan merangka aktiviti kelab.
‐ Merapatkan hubungan dengan Kelab kelab Rukun Negara yang lain.
‐ Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri / Daerah / Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan sebagainya.
‐ Lain‐lain tugas pentadbiran kelab.

Timbalan Pengerusi ‐ Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
‐ Membantu Pengerusi mentadbir kelab.
‐ Mempengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.


‐ Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Setiausaha
- Mencatat minit mesyuarat.
‐ Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.
‐ Menguruskan urusan surat‐menyurat.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala fail fail kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha ‐ Membantu Setiausaha menjalankan tugas‐tugas kesetiausahaan.
‐ Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha

Bendahari
‐ Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.
‐ Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.
‐ Mengusahakan sumber kewangan kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

AJK
‐ Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan Pengerusi.
‐ Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan kelab.
‐ Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.
‐ Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.
‐ Membantu pengerusi menjalankan aktiviti kelab.
‐ Tugas‐tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.



Juru Audit Dalam
‐ Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab Rukun Negara sekurang‐kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara 

7.1 Akaun bagi tiap‐tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah kawalan Pengetua /Guru Besar.
7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap‐tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.
7.3 Apa‐apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung
pada setiap tahun.
8.2 Peranan Mesyuarat Agung
a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal‐hal lain.

Peraturan 9:

9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana‐mana peraturan yang terkandung didalam buku ini pada bila‐bila masa dan tanpa terikat kepada mana mana
pihak.