Pengisian Program dan Aktiviti


Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah‐sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip
Rukun Negara iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan
* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang‐Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan


Antara aktiviti‐aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran B.


Selain daripada aktiviti‐aktiviti yang dinyatakan di atas, dari semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.